Thursday, November 19, 2009

Pergi Tak Kembali!

~By Nieta-November 19,2009~
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tengku Muhammad Najwaa Bin Tengku Muhammad atas pemergian beliau ke rahmatullah pd hari Ahad lepas iaitu pd tanggal 15 November 2009. Beliau yg sebelum ini menanggung penyakit cancer tulang. Kita doakan saja semoga roh allahyarham berada di kalangan orang- orang yang di kasihi Allah. InsyaAllah...
Perasaan terkejut, sedih dan murung pasti meruntun perasaan dan hati kami kwn2 & saudara beliau. Seluruh kaum keluarga pasti merasa serba tidak kena dengan pemergian arwah. Aku sendiri pon termenangis mlm td krn tdak dapat menahan rasa sebak di hati. Buat kwn2 sekalian, redhakan pemergian Allahyarham...Seawal usia 24 tahun,beliau telah menyahut seruan Ilahi. Dan inilah pepatah yang sering kita sebut wahai kwn2, "jodoh, pertemuaan dan ajal maut adalah keputusan Allah" tak kira usia muda @ tua,di mana berada and sebagainya.
Yg sedih sangat,aku tidak berpeluang menziarahi beliau buat kali yang terakhir and sedikit terkilan kerana aku mengetahui berita kematian beliau selepas 3hari beliau di Sana....Namun aku redha...itu bukan rezekiku....atau ada hikmah disebaliknya,mungkin! Arghhhh! Tapi aku nak marah kepada siapa?!!!! Subahanallah!!!
Mungkin jika aku berada disisi beliau, aku akan lebih emosi atau tidak dapat menahan perasaan sedih atau mungkin marah kerana aku sudah kehilangan seorang sahabat tercinta yg begitu kuat semangatnya. Pada hari raya tahun lepas (2008), aku bersama kwn2 sekolah rendah yg lain spt Wan Noor Huzal, Nurnabila, Wan Nadiah, Nor Fathiah, Mohd Suzaimi Jusoh, Shahril Anwar serta beberapa rakan yg lain sempat menziarahi beliau. Waktu tu,keadaan beliau agak ok sehinggalah aku mendengar berita tentang ‘kehilangan’ beliau buat selama2nya smlm.
Benar kata orang, bila seseorang itu sudah tiada lagi, kita akan mula mengumpul segala memori tentang mereka dan kita pula akan cuba kongsikan dengan semua tentang kehebatan2 yg dimilikinya. Semoga kita menjadi insan yang dihormati dan di sayangi oleh semua orang termasuk Allah s.w.t...
Al- Fatihah buat sahabat2 kita yang telah pulang ke ramahtullah....