Wednesday, November 18, 2009

MUXTAPE? Ayuh Kembalikan Nostalgia!!

~By Nieta Abadiey, Nov 18 2009, 12.40pm~
MUXTAPE? Erm,Kalau korang pernah merasa zaman kegemilangan kaset sebelum datangnya teknologi penyimpanan data secara elektronik ni,
Muxtape adalah kaset campuran buatan sendiri pd zaman moden. Dolu2, ketika berada di hujung sekolah menengah and zmn study kat KUIS, aku suka beli kaset kosong & merakam lagu-lagu hiburan stereotaip di radio kerana kaset pd waktu itu terlalu and agak mahal harganya pd seorang student mcm aku ni. kaset adalah antara memori indah budak budak dulu. Boleh dubbing & record dari radio,record suara sendiri pon boleh(perasan la tu) dan macam macam lg..
Waktu tu, ada la sebuah radio kat umah aku and walkman aku brand SONY/AIWA (kalau tak silap aku la,skrg dah menghilang ke mana dah) yang berfungsi 100% manual. Dari fungsi mencari siaran radio sehinggalah proses merakam lagu dari radio. Dengan hanya menekan button PLAY & Record — dengan simbol dot merah, adalah proses paling2 aku gemari. Kaset kosong akan sedia stand by di dalam, bilamana lagu yg aku suka keluar, aku akan tekan 2 button keramat itu, dan aku akan dengar lagu tersebut berulang kali. Kamu pernah buat tak? Nostalgia sungguh kan!
Dulu2 muzik fm boleh pilih 2 @ 3 lagu dalam Pilihan Bersama,(kalau tak silap aku la,sbb skang ni dah keje so takdela jd giler radio mcm dulu2 tu) .. Siang tu tengok lah paper,nak tau ape lagu pilihan utk hari ni.. And malam tu plak aku mula la bersedia tunggu lagu2 favourite sambil duduk ber"congok" di sebelah radio dengan tape kosong utk merakam lagu2 kegemaranku. Lawak kan? Just pilih 10-12 lagu yang best lepas press stop, tunggu la lagu2 lain plak then ulang record balik.. Best tau..
Cara nak cuci kaset plak? Aik,boleh cuci2 gak ker? Bolehla kwn2 oit! Cara paling senang yg aku buatadlh dgn ambik kapas @ tisu, pastu spray perfume sket @ gune alat cuci tape tu, then gosok2 kat kepala dia. Nanti tertanggallah kotoran2 degil tu.. Class kan? Pastu kekadang, ade gakla tali kaset tu terkeluar, and tersimpul2 dlm player tu. Time ni la paling suspen skali. Kalau nak bg ok,kena tarik betul2 tau takut2 terputus kang(Penatla tunggu tepi radio kalau terputus bro!) Hehe.. Langkah seterusnya, masukkan pen kat dlm lubang gegondol tape tu, pastu pusing slow2. Semua step tu kena buat hati2 gak tau takut2 tali terlipat. Andaikata terlipat, kena la tarik balik magnetic tape tu pastu kene betulkan balik.
Aduhai,very nostalgic kan? Ayuh kembalikan nostalgia! Tapi kini,semuanya sudah berubah.. Tak perlu lagi tape2 kosong mcm tu. Just download kat internet and save kat hp. Mcm2 alat2 canggih zmn global nih. Nak ape,ckp jer! Mp3? Mp4? Wah, agaknya lah kan, zmn kite2 20tahun akan dtg mcmana plak yer? Mesti lagi canggih eh?Huhuhu...